Sabtu, 12 Januari 2019

PERCERAIAN RUMAH TANGGA

DEFINISI PERCERAIAN


Penceraian bermaksud menamatkan hubungan perkahwinan sama ada dengan pilihan suami atau qadi. 
Dari segi istilah, penceraian bermaksud keruntuhan sesuatu hubungan perkahwinan antara suami isteri dengan bersebab. 


PUNCA BERLAKUNYA PERCERAIAN 

  • Pasangan tidak persefahaman
Masing-masing sudah bekerja dan penat. isteri tidak memahami tugas seorang suami, suami pula tidak memahami tugas seorang isteri. Masing-masing membuat hal sendiri walaupun sudah ada anak.

  • Curang
Hal mengenai curang dengan pasangan sering didengar dalam kalangan kita. Malah ia menjadi tabiat kita untuk dilakukan. Sama ada lelaki mahupun perempuan. Bukan itu sahaja, perkara ini seolah-olah menjadi sesuatu yang tidak salah untuk mengadakan seseorang sebagai simpanan di belakang pasangan. apabila sudah mengetahui hal ini, makan jalan penyelesaiannya yang terakhir adalah dengan perceraian. 



  • Campur tangan mertua
Apabila sudah berkahwin, apa-apa sahaja keputusan mesti dibuat oleh suami dan isteri. Akan tetapi, ada sahaja setiap keputusan dibuat oleh mertua. Lebih-lebih lagi, jika pasangan tersebut duduk dibawah bumbung yang sama dengan mertua, setiap keputusan yang dibuat antara suami dan isteri dibantah oleh mertua.




.Masalah kewangan






Lebih 20 peratus pasangan Islam mengalami masalah kewangan dalam usia lima tahun perkahwinan yang sekali gus menjurus kepada trend berlakunya perceraian di usia awal perkahwinan khususnya dalam kalangan pasangan muda. setiap pasangan hendaklah mempunyai perancangan kewangan yang kukuh sebagai bekalan untuk menempuh masa depan. 

Akan tetapi, sukar bagi merealisasikan impian hidup berkeluarga tanpa menghadapi krisis kewangan, namun pasangan hendaklah sentiasa bersabar dalam menempuhi cabaran seperti ini.



.KAHWIN MUDA




Mungkin sebelum mendirikan rumah tangga,  diri dianggap bersedia untuk mendirikan tangga. Ia semata-mata untuk mengelak dari berlakunya maksiat. 
Rumah tangga yang hanya berlandaskan nafsu dan tanpa cinta atau kasih sayang seperti buah yang tiada manisnya. 
Sebaik-baiknya berkahwinlah dengan pasangan yang benar-benar dicintai supaya kemanisan berumah tangga dapat dirasai. Pastikan ikatan anda bukan atas nafsu, rupa atau harta.





Jenis penceraian

FASAKH


- Suami yang tidak memberi nafkah zahir batin selama 6 bulan berturut-turut, suami meninggalkan isteri selama 4 bulan berturut-turut tanpa bertanya khabar.

KHULUK


- Penceraian yang merupakan sebuah kesepakatan antara suami dn isteri dengan adanya pemberian sejumlah harta dari isteri kepada suami.

LIAN


- Bermaksud kutukan atau menghukum. Berlaku disebabkan suami mendakwa isterinya telah berlaku curang.
 

ZIHAR


- Seorang suami yang menyamakan isterinya dengan mana-mana perempuan yang haram dikahwininya.
 

TALAK


- Melepaskan atau membuka ikatan. Dari segi syarak ialah melepaskan ikatan perkahwinan dengan perkataan yang jelas atau kinayah (sindiran) 






Jenis-jenis talak

Talak raj’I
- mengucapkan talak satu dan talak kedua pada isteri. Suami boleh rujuk dalam masa iddah namun suami tidak boleh rujuk kecuali dengan akad baru.

Talak bain
- penceraian dimana suami mengucapkan lafaz talak tiga kepada isterinya. Isteri tidak boleh dirujuk kembali. Kemudian suami boleh merujuk isteri jika isterinya menikah dengan lelaki lain dan bercerai dengan suami baru tersebut serta habis masa iddahnya.

Talak sunni
- talak yang dilafaz oleh suami kepada isteri yang masih suci dan belum melakukan hubungan suami isteri ketika masih dalam keadaan suci.

Talak bid’I 
- talak yang diucap oleh suami saat isterinya berada dalam keadan haid.

Talak taklik
- seorang suami yang meletakkan syarat2 tertentu kepada isterinya.






HUKUM


-Islam tidak melarang penceraian. Namun, perlu diketahui bahawa Allah membenci penceraian. 








SELINGAN; 




RUMAH TANGGA FASHA SANDHA DAN JEJAI KINI BERAKHIR!







Pelakon Fasha Sandha sah bercerai talak satu dengan suaminya Rizal Ashram Ramli atau dikenali sebagai Jejai pada hari Rabu, 20 Januari 2016 di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan. Dalam kenyataan berkenaan Fasha berkata, penceraian itu adalah jalan terbaik untuk kedua-dua buah keluarga dan reda akan meneruskan kehidupan bersama kedua-dua anaknya Putra Rayfal dan Putri Raysha. Terdahulu, Fasha Sandha telah menfailkan permohonan cerai pada 18 Januari lalu dimahkamah yang sama. Akan tetapi permohonan tersebut berkenaan mengikut seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984. Fasha diwakili oleh peguam Syarie Zulkifli Che Yong.






Fasha dan Jejai bernikah pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal  yang berusia lima tahun dan Putri Raysha yang berusia empat tahun. Sebelum itu, Jejai pernah berkahwin dengan pelakon popular iaitu Nora Danish pada 20 Jun 2006 dan sah bercerai pada 10 Julai 2008. Hasil perkahwinan itu, mereka mendapat seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal yang kini berusia 10 tahun. 










Oleh itu apa yang telah kami dapat simpulkan di dalam kisah mereka ini adalah, "penceraian" bukan salah suatu cara yang mudah untuk seseorang mengambil jalan penyelesaian. Hal ini kerana Perceraian bukanlah satu penyelesaian yang betul dan tepat dalam menyelesaikan kemelut rumah tangga bahkan perceraian akan mengundang lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Akhir sekali sebagai seorang yang beragama islam amnya dan sebagai sebuah negara islam khasnya, masalah perceraian ini sebenarnya tidak harus meningkat dari hari demi hari, tahun demi tahun kerana islam itu sendiri telah menggariskan panduan untuk membina sebuah keluarga yang bahagia lantas melahirkan umat islam yang berkualiti melalui institusi kekeluargaan dan bukannya melahirkan umat islam yang runtuh akhlaknya akibat kesan perceraian yang berlaku. 



  • Dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda:


 تَزَوَّجُوْا وَلَا تُطَلِّقُوْا، فَإِنَّ الطَّلَاقَ يَهْتَزُّ مِنْهُ العَرْشُ
Maksudnya: “Berkahwinlah dan janganlah kamu bercerai. Maka sesungguhnya talak (bercerai) itu akan menggegarkan ‘arash.”


  • Firman Allah SWT:

الطَّلَاقُ مَرَّتَانِ ۖ فَإِمْسَاكٌ بِمَعْرُوفٍ أَوْ تَسْرِيحٌ بِإِحْسَانٍ
al-Baqarah:229
Maksudnya: “Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah dia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskannya (menceraikannya) dengan cara yang baik.”



Itu sahaja dari kami..sesungguhnya yang buruk itu dari kami, yang baik itu hanya dari ALLAH SWT.. semoga anda dapat fahami sedikit perkongsian daripada kami..

sekian terima kasih ^^




Subjek: Pendidikan Kekeluargaan Dalam Islam (MPU 2373)


Disediakan oleh: 

- Nur Ain Bt Mohd Rodzi (170203014)
- Nurul Izzati Bt Mohamad Rosly (170203016)
- Syahidatul Nur Amalina Bt Helmi (170103014)


















1 ulasan:

  1. Best Casinos Near Casino, Nevada - Mapyro
    We have listed the best casinos in Nevada 경상남도 출장샵 for 의왕 출장안마 2021. If you're looking for the 안양 출장샵 best casino near me, we recommend you try Las 하남 출장안마 Vegas, NV. 경상북도 출장샵

    BalasPadam